Lazada Malaysia >
Baju Muslimah Kanak-kanak

Serious... Menyesal sangat makan kat sini. Menyesal sebab kenapa dari dulu tak tau pon kewujudan ke...

Menyesal Makan Itik Salai Mastar @ Medan Selera Adikku, Sungai Ramal Dalam Nih!!!!

Serious... Menyesal sangat makan kat sini. Menyesal sebab kenapa dari dulu tak tau pon kewujudan kedai nih? Menyesal sebab lambat tahu betapa sedapnya masakan Masak Lemak Cili Api kat kedai makan Itik Salai Mastar woihhhh!!! Kenapa sedap sangat haaa!!! Kenapa aku masak lemak cili api tak sedap macam dorang masak ni??? Hahahaha... 


Kalau korang nak tahu, nama jer kedai ni Itik Salai Mastar. Bukan ada itik salai jer. Ada macam-macam haiwan ternakan salai yang lain. Ada daging, ayam, ikan keli dan juga itik. Semuanya disalai terlebih dahulu. Rasanya?? Tersangat lah sedap baq hang. Kuah dia pekat, likat dan melekat bila kau dah start mengunyah. Bercampur pulak rasa daging yang disalai... perghhhhh... Merecik gua cakap sama lu. Makan sekali mesti kau nak repeat makan lagi. 

Masa 1st time beli dulu kitorang bungkus. Memandangkan tak pernah rasa daging itik. Jadinya kita beli daging Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Minta bungkus untuk sepuluh ringgit. Memang banyak isinya lah. Apa rasa itik? Haaaa... Seumur hidup aku yang dah hidup tiga puluh tahun lebih ni, baru pertama kali nak makan daging itik. Rasanya... hurmmmm... Sedap. Alaaa... macam daging ayam jugak. Tapi orang cakap daging itik lagi sedap dari daging ayam. Aku tak dapat nak bezakan lagi sebab 1st time makan kan.

Kalau korang tak pernah makan daging itik ni, bolehlah try makan daging Itik Salai Masak Lemak Cili Api dekat kedai Itik Salai Mastar. Janganlah masa tengah makan kau bayangkan keadaan itik yang... arghhhh... Faham-faham sedirilah. Putus selera kau nanti. Bayangkan yang indah-indah saja.. haaaa.. gittew. Ni mungkin itik bersih kot.

Tak nak try ker? Hehehe... Memang ramai orang makan kat sini sebab harga adalah berpatutan. Masa aku gi pukul 11.00 pagi pon dah ada orang menunggu hidangan. Dan ada juga pelanggan yang dah menempah awal. Nampak tak betapa sedapnya sampai pelanggan datang awal. Dah 3 kali kitorang makan kat Itik Salai Mastar ni. Sambil menaip ni pon aku dah terbayang sambil telan ailio... ppffttt... Korang boleh baca kisah Itik Salai Mastar yang femes ni dekat [SINI] dan [SINI]


Ni signboard kedai kalau korang nak datang makan. Ingat... Datang awal. kalau habis datang hari lain sampai korang dapat makan... hehehe... Waktu operasinya sampai pukul 10.00 malam. Ni alamatnya:

Itik Salai Mastar
Medan Selera Adikku
Kampung Sungai Ramal Dalam
 Bangi, Selangor Darul Ehsan 

Note: Have a great weeken uolls 😃😃


Semalam citer pasal 11 tahun. Harini citer pasal 9 bulan pulak. Sepatutnya 29 November buat entry. ...

Saya Dah 9 Bulan!!

Semalam citer pasal 11 tahun. Harini citer pasal 9 bulan pulak. Sepatutnya 29 November buat entry. Tapi boleh terlupa plak tarikh tu. Baru teringat harini dah 1 December. Biasalah hemak-hemak baru dapat baby kan. Mesti nak update milestones anak setiap bulan kan. Hover tau.


Dah 9 bulan umur anak soleh Iman Harraz ni. Alahaiiii... Jangan cepat membesar boleh tak? Naughty sangat buat muka mulut ternganga cenggini tau. Makin melasak anak soleh nih. Kuat mengutip betul. kalau tak masuk mulut tak per. Ini asal kutip masuk dalam mulut. Hari tu anak-anak makan tempe. Serpihan tempe bersepah... ppffttt... Sekali tengok anak soleh ni macam tengah mengunyah sesuatu. 

Zasssss... Sepantas kuasa angin boboiboy aku korek mulut anak soleh nih. Tengok-tengok dok menguyah tempe. Nak cantik kan kulit ker nak. Kulit awak tu memang dah halus mulus. Tak payah nak makan tempe lagi. Tunggu dah besar baru boleh makan... ngeeee... Gelabah jugak lah sebab takut tercekik. Kuat makan jugak nih. Sehari bagi makan 2 - 3 kali sehari. Menyusu jangan cakap lah.... Champion. 

Masih belum merangkak lagi. Lebih selesa menyusur gamaknya yer nak. Kemahen laju lagi dia. Tempat lepak dia bawah meja dan bawah kerusi. Kau tengah makan tetiba rasa ada objek kat kaki kau. Tanjat ibu kau ni nak. Tengah-tengah makan tetiba rasa sesuatu kat kaki. Dalam pada belum pandai merangkak lagi, ada hati nak belajar duduk tu. Merangkak dulu nak. Baru boleh belajar duduk. Step by step... hahaha... 

Ok... Yang ni paling seriau. Gigi Iman Harraz dah tumbuh 2 batang di usia 8 bulan uolls. Seram mak nak. Rasa nak lari bila anak minta disusukan. Sakit woihhh bila kena gigit dan kena tarik nih. Dah macam puting elastik dibuatnya. Hanya ibu-ibu menyusu yang tahu macam mana perasaannya setiap kali nak bagi susu bila anak dah start tumbuh gigi ni.... 😓😓

Budak mesra camera ☺

Alhamdulillah... Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bermakna dah 9 bulan aku berjaya susukan Iman Harraz even stok susu dah tak ada... huhuhu... Hari-hari Iman Harraz dapat susu fresh. Memang mencabar. Solid food jugak masih dari hasil air tangan ibu yang rajin... hehehe... Kena paksa rajinkan diri jugak woihhh. Demimu anak. Sekian kisah milestone Iman Harraz untuk hari ini... Hahahaha... 😃😃😃

Note: Nak masuk tahun baru dah kita yep. 

.

Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA . Tarikh 26 November ...

Alhamdulillah... Dah 11 Tahun Hidup Bersama


Pejam celik pejam celik... Laaaa... Dah sebelas tahun AKU TERIMA NIKAHNYA. Tarikh 26 November 2005 menjadi saksi berakhirnya kisah cinta kami. Berakhirnya status tunang dengan bergantinya status Suami dan Isteri. Tarikh yang tak kan pernah luout dalam ingatan. Dengan 5 kali lafaz tu. Nasib tak kena mandi dengan air kolam masjid kan... Hahahaha... Gementar yerp. 

Alhamdulillah... Sebelas tahun yang penuh dengan memori... Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. There are things we don't want to happen but have to accept. Things we don't want to know but have to learn. Bukan mudah nak pertahankan mahligai yang kita bina bila dugaan datang menjelma. Dugaan yang buat kau berubah 360 darjah kalau iman kau tak kuat. Kunci untuk semua ini adalah 'SABAR' dan 'REDHA' untuk setiap ujian yang datang. 

Happy 11th Anniversary suami. Pimpinlah tangan isterimu ini ke Syurga ALLAH. I will continue to gather all my strenght to love you. Inshaa'allah... jika dengan izinNYA. Sebelas tahun usia perkahwinan dengan kehadiran empat penyeri rumahtangga... Alhamdulillah... Terima kasih atas ucapan dan doa yang diterima di FB dan juga IG. Aamiin untuk doa-doa tersebut. Hanya allah yang dapat membalasnya. Smoga ada doa-doa kalian semua yang di angkat olehNYA.

Note: Baru sebelas tahun. Perjalanan masih panjang lagi. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks