Semak Keputusan Peperiksaan Anak Secara Online Dengan SAPS!!!

Friday, January 13, 2017

Tak susah nak check result peperiksaan anak sekarang. Kalau dulu kita kena tunggu anak bawak balik kertas peperiksaan baru boleh tahu markahnya. Itu pon kalau dapat semua kertas peperiksaan. Kalau tak lengkap, kena tunggu cikgu bagi report card lah nampak nya. Sebagai parents ni kan, kita kena lah sentiasa memantau keputusan peperiksaan anak. Subject apa yang dia lemah. Dari situ kita boleh tahu dimana kekurangan yang perlu diperbaiki. 

Antara cara terbaik untuk memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Tak susah pon nak check result peperiksaan anak sekarang. Tak macam dulu. Sekarang ni korang tak perlu tunggu anak tunjuk markah peperiksaan atau nak tunggu cikgu bagi report card sebab korang boleh check sendiri keputusan peperiksaan anak secara online. 


Pernah dengar SAPS tak? SAPS ni merupakan satu sistem online yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak secara online. Sistem SAPS Ibu Bapa ini direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

Kalau dulu ibu bapa kena pergi sekolah amik report cards sebab nak tahu berapa keputusan peperiksaan. Kena jumpa cikgu kelas lah. Kan dah makan masa dan tenaga kat situ. Dengan wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa tak perlu datang sekolah lagi. 

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.


Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini. 

Memang bagus sangat sistem ni kan sebab kita boleh tahu result anak terlebih dahulu. Jadinya anak pon tak boleh menipu kalau result mereka teruk kan. Kalau korang rasa artikel ni dapat membantu lebih ramai tahu mengenai SAPS Ibu Bapa ni dan boleh semak keputusan peperiksaan anak secara online, sila lah share info ni. 


You Might Also Like

3 komen

  1. Memang selalu guna yang nie pun... Senang...

    ReplyDelete
  2. Good sharing!!anak kita baru masuk tahun 1..hehe

    ReplyDelete
  3. sekarang hujung jari je kan. anak2 pun tak boleh sorok2 lagi dah

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive